Wednesday, September 15, 2010

Air mata syawalku



assalammualaikum..
salam lebaran dan salam satu malaysia.
sempena raya aidilfitri ini aku menyusun 10 jari tanda memohon kemaafan.
semoga kalian dpt memaafkan diri yang kerdil lg hina ini.



SYAWAL

Pagi pagi syawal lagi aku sudah menangis hiba. menangisi kepergian messi yang tersayang.
mungkin pagi itu merupakan pagi yang malang bagi aku. messi pergi buat selamanya tanpa kerelaan aku. aku sayang kau messi. bangun je pagi aku sudah lepaskan dia didlam bilik. messi berkeliar dengan gembira seolah olah tade ape pun yang bakal berlaku. ssedang asyikk aku bersiap di depan cermin aku terpandangkan messi yang sedang mengadap keluar tingkap dengan sayu. aku mula rasa ta senang, bagi aku mungkin messi teruja melihat sungai di seberang. agaknyaa.. lama messi memandang aku menjadi hairan.

kemudian aku toleh utk melihat messi, aku lihat messi kini berada di veranda hotel. aku keluar untuk memanggil messi masuk kedalam. hati aku rasa lain mcm . aku risau kalau kalau laa messi jatuh. aku teramat sayangkan dia. aku berdoa semoga messi tidak jatuh, kemudian setelah di panggil messi kembali kedalam pelukkan ku. sebak rasa hati ku. kali ini, dia buat bergitu lagi.
tapi kali ini aku tidak berjaya memujuk messi ke pangkuan ku. hingga laa messi terlepas jauh dari ku. dari jauh aku sudah berdoa semoga tiada ape ape yang bakal berlaku. tapi tekaan aku jauh terpesong. messi jatuh, aku dapat dgr dari jauh. aku terus menjerit dan berlari untuk mendapatkan messi.

kali ini, messi sudah tiada dia bawah. messi hilang.... hilang dari pandangan mata aku.
melilau aku mencari sambil menangis. akhirnya, aku melihat messi berada di bawah cengkaman seekor kucing putih. ketika aku mengangkat messi aku hanya mendengar jeritnya yang terakhir yang terdengar sayup di telinga. saat messi ta lagi bernafass air mata aku dengan laju nya jatuh berderai. aku rasa bersalah, aku yang menyababkan messi mati. aku teramat sayangkan messi

messi bukan la seperti spesiesnya yg lain. messi seekor tupai yang sangat manja. 5 bulan messi bersama aku, pelbagai kejadian berlaku antara kami. membuatkan kami sangat rapat. messi sentiasa menanti aku di depan pintu rumahnya. dengan muka nya yang manja, mana mungkin aku lupakan dia. sumpah, aku takan lupakan saat kita bersama. sayang aku pada messi sama seperti aku sayang family aku. messi , kakak harap messi aman disana. kakak sayang messi, kakak bersyukur messi pergi dlm pelukkan kakak. kakak sayang messi. sangat sangat sayang.

salam sayang buat messi
10 sept 2010






No comments:

Post a Comment