Wednesday, February 2, 2011

misi menambat hati jiran sebelah(bhgn. 2)

holla , fara here.
hari nii saya nak bebel tentang misi saya yang selanjutnya.
misi kali nii yang ingin saya lancarkan agakk drastikk skitt.
sebab nak valentinekn ? kne la ngorat cepat sikitt :P
bukan main gatal lagii bila sebuat pasal jiran sebelah rumah saya nii.
kadang - kadang saya terasa seperti over jee =='
ahh, lantak laa aslkan matlamat saya tercapai *syok sendiri*

so , langkah yang selanjutnya saya telah mengunakan binatang- binatang peliharaan saya. pada mulanyaa saya telah menggunakan guinea pig(ronaldo) untuk mencpai matlamat saya. di sebabkan ronaldo pandai berjalan dan suka mengekori saya kemana saja(macam kucing tuu) saya telah membawa ronaldo ke hadapan rumah jiran saya tuu . kemudian saya telah mengarah ronaldo masuk kerumah jiran saya (konon - konon nak buat ronaldo sesat). tapi malang sekali ronaldo ta nak buat dan dia terus berlari ke kaki saya , rasa macam frust plak =,= (ckp dlm hati; time - time nii plak kau buat hall, haishh) maka di sebabkan oleh itu(penanda wacana yang baik kn ? :P ) saya terus membatalkan hasrat. kami hanya berjalan di hadapan rumah jiran saya sahaja sambil mata menjeling - jeling .

langkah seterusnya , saya telah menggunakan ular sawa(torres). apabila pulang je dari rumah datuk saya , saya tak tunggu lama. terus berlari ke rumah da mengambil torres dengan rasa gembiranya. dengan cara sengajanya saya berjalan - jalan pula dengan torress dan tiba - tiba jiran saya telah menegur saya *blushing

jiran saya ; eh, itu ularkn ?
saya ; a'ah (sambil senyum manja)
jiran saya ; ular ape tuu ? (datang lebih dekat dengan saya)
saya ; ini ular sawa , atau nama saintifik dia ball phyton.
jiran saya ; oh, awak punya ke ? (sambil melihat - lihat)
saya ; a'ah, nii family punya.
jiran saya ; dia ta ada bisa ke ?
saya ; tak laa, dia jinakk. (ckp dlm hati; bengong ke apa , mana ular sawa ada bisa)
jiran saya ; oh, awak berani yaa. dia makan apa?
saya ; tak la berani sangat. dia makan rat, yang warna putih tuu.
jiran saya ; bole pegang tak ?
saya ; bole (dengan perasaan bangganya ^___^ )

ketika ular itu bertukar tangan , tangan saya dan dia(jiran) telah bersentuhan. tangan dia(jiran) agakk kasar. HAHA ;D maka dari situ laa telah membangkitkan semangat saya utk terus menyambung misi seterusnya di lain episod. maap laa, kalau nak tau cerita seterusnya sila tunggu :)



**p/s; sorry pada sesiapa punya blogg yang saya ta sempat lawati, keadaan sekarang ta menentu. saya mungkin akan melawat dari masa ke semasa, dan saya bakal tidak update selama beberapa hari di sebabkan sambut raya cina. thnks pada follower yang baru dan visiter yang datang. saya sayang kalian :)

No comments:

Post a Comment