Monday, June 28, 2010

Sunyi

helo , hai kali ni nak cerita pasal sunyi plakk. ape kita rasa kalo sunyi. pasti ramai yang ta ingin menjadi sunyi sentiasa kerana ianya membosankan . so cerita sunyi pada kali ni mcm ni.


pada petang hari yang lalu, di kala hujan turun dgn renyai dan hanya di temani messy(tupai) kesayangan ku. melihat atau menyaksikan keindahan alam ciptaan tuhan yang tiada batasannya. sungguh asyik skali. tiba tiba hati aku tersentap mengatakan bertape sunyi nya hidup ni tanpa org yg sangat bererti bagi kita. terasa segalanya tidak bermaya. suasana turut mengiringi perasaan hati ni. rindukan dirinya yg jauh dimata dan hanya dekat di hati. hati bertanya; sihat ke dia ? sudah mkan ke dia ? rindukah dia pada diri ni ? tp ternyata pertanyaan ini tidak terjawab dgn serta mertanya. disini dimana kesabaran aku di uji, sekiranya aku benar sayang padanya aku harus tempoh segalanya, sbb aku tao suatu hari ini semua akn jadi kenyataan.

perasaan sunyi aku bertambah gelora lagi apabila aku teringatkan belaian manja seorng ibu, dia tiada galang gantinya. hanya dia yang aku syang. demi allah, hati aku menderita ta kala dia pergi meninggalkan aku. siapa sangka org yang kita paling sayang pergi dgn bergitu cepat sekali. dia hanya meninggalkan kenangan yg bererti. dia pergi ketika usia ku masih kecil, ketika aku ta mengerti ape itu nilai kasih sayang dan belaian kasih ibu yang sebenar. kini aku sedar, dia tiada gantinya. kerana dia terbaik buat kami. hilangnya dia tiada ganti. kau pergi tinggalkan kenangan abadi.

*ya allah, aku mohon padamu jangan kau ambil lagi nyawa org yang aku sayang. aku ta sanggup untuk teruskan penderitaanmu yang maha dasyat ini. cukup sekali hati aku dirundung pilu. jgn kau ambil mereka mereka ini yang menjadi tulang belakang aku untuk teruskan hidup. terutamanya pada ayahanda aku. dia kini satu satunya orng yang aku bangga dan harapkan. aku akan buat dia bangga dan tersenyum lebar atas setiap kejayaan yang aku titipkan padanya. amin~

created by ;

No comments:

Post a Comment